resepi puding roti (sorry dr…resepi ni ada mates yang minta)

salam wth, resepi ni tak berkait dengan apa kita belajar, tetapi berkait dengan kelas kita..sebab ini la puding yang saya bawa ke jamuan hari tu…ada kawan minta letakkan dalam blog pule..ni tak masuk exam ok!

Roti sandwich besar (potong tepi dan asingkan)
Buttercup (1 sudu besar) – cairkan
Telur 4 biji
Susu segar 900ml (e.g: everyday, marigold, kalau malas beli curi je sikit susu tepung baby pun boleh, etc..susu cair pun boleh tapi kena cukupkan 900ml la..)
Satu sudu kecil esen vanilla
Gula satu cawan
Kismis/badam/buahan kering
CARA-CARA :
1. Panaskan oven sehingga 180’C

2. **Satukan susu, telur, gula dan esen dalam satu bekas. Kacau sampai sebati atau
sampai gula hancur.

3. Sapu loyang pembakar dengan marjerin (sebaiknya guna loyang berpetak)

4. Susun roti yang dah dipotong tepi tadi sehingga tidak kelihatan ruang kosong.

5. Sebelum tuang adunan ** ke atas roti, kacau dulu sebab marjerin bila sejuk akan jadi berketul. Lepas tu barulah dituang ke atas roti tadi. Tuang biar semua roti kena.

6. Tabur kismis/badam/buahan kering ke atas roti tadi

7. Ulang langkah 4, 5 dan 6 sehingga habis.

8. Untuk hiasan, bahagian tepi roti yang dipotong tadi bolehlah dihias kat atas sekali. Susun ikut kreativiti anda. Kalau saya, saya susun macam corak tikar..lima melintang, lima menegak and seterusnya.

untuk hidangkan dengan sos kastard, campurkan susu cair setengah tin, gula dua sudu besar dan tepung kastard dua sudu besar..kacau di atas api slow.. dapatkan likat yang diinginkan dan tuang atas puding yang dah siap tadi ^^

Advertisements